Memalukan! Penonton Drama Korea Berang Alat Sulit Song Kang Tersembul Pakai Kostum Balet

Lakonan pelakon kacak, Song Kang menerusi drama Navilera mengundang kemarahan masyarakat Korea apabila dia menjadi penari balet dengan memakai pakaian tersebut yang terlalu sendat dan menonjolkan bentuk alat sulitnya.

Episod terakhir yang ditayangkan pada 27 April lalu menampilkan Song Kang menari di pentas dengan memakai seluar ketat berwarna putih bersama seorang lagi pelakon senior. Namun, pelakon senior mengenakan pakai gelap berbanding Song Kang.

Drama menyayat hati ini sangat tersentuh dan penuh dengan kesedihan. Walaupun penonton tersentuh dan teruja dengan tarian tersebut, penonton menunjukkan reaksi tidak puas hati dengan kostum Song Kang.

Mereka menganggap pakaian tersebut amat memalukan dan tidak wajar di tayangkan. Ia kelihatan amat tidak selesa bagi si pemakai serta menjolok mata. Majoriti netizen turut mengatakan ia semula jadi untuk memakai pakai perlindungan lebih dulu.


Ada juga netizen turut mengatakan memang itu pakaian sebenar penari balet tetapi ia kelihatan sangat tidak selesa. Foto tersebut kini tular dan ramai mengatakan ia keterlaluan.

Adakah benar Song Kang tidak rasa selesa atau sebenarnya mereka sengaja berikan pakaian sebegitu? Anda boleh nilai sendiri menerusi drama Naville yang baru saja melabuh tirainya.