Bukan Amir Khan Tapi Penyanyi Korea Amir Park Yang Cari Calon Isteri Muslimah!

Pada 17 Mei 2021, artikel mengenai seorang mualaf Korea mencari calon isteri dikalangan wanita Muslimah antarabangsa menjadi perhatian ramai. Malah, pelbagai reaksi positif diterima sehingga ramai cuba nasib untuk menjadi calon isteri yang dicari.

Dengarnya, ramai juga wanita dari Malaysia dan Indonesia mencuba cari jodoh dengan menghubungi lelaki berkenaan. Dalam pada itu, ramai juga bertanya siapakah jejaka Korea yang dimaksudkan itu.

Walaupun pada asalnya identiti lelaki ini hanya boleh diketahui jika wanita tersebut menghubungi orang tengah yang dipercayai lelaki ini, rupa-rupanya lelaki ini sebenarnya sudah mengemas kini mengenai hasratnya itu di laman facebooknya iaitu Amir Park.

Amir Park- Foto Instagram Amir


Menerusi facebook tersebut, tertulis status jejaka ini adalah duda. Sementara itu, menerusi instagramnya pula, Amir berkongsi bahawa dia seorang ahli pemuzik dan vokalis. Malah, dia banyak berkongsi video dia menyanyi.

Pun begitu, menerusi individu yang rapat dengannya, Amir sebenarnya bukanlah seorang penyanyi. Dia hanya seorang lelaki Korea yang mempunyai hobi menyanyi. Lebih mengejutkan lagi, Amir dikatakan memeluk Islam dengan menyebut kalimah syahadah secara sendiri.

Bagaimanapun, Amir yang difahamkan berasal dari Gwangju dinasihatkan temannya untuk mengucap kalimah Syahadah di hadapan imam dan mendapatkan sijil yang sah. Dikhabarkan, jejaka ini sudah mendapatkannya dan ia dalam proses.

Apa sekalipun, kepada wanita yang berminat menjadi teman istimewa sekaligus isterinya, jangan pula anda tersilap. Oppa ini bukanlah pelakon Bollywood Amir Khan tetapi dia adalah Amir Park. Selamat berkenalan dan semoga jodoh bertemu.