Dah Ada Awek Tapi Atlet Gangsa Olympics 2020, An Chang Rim Ada Hati Dengan Han Hyo Joo

Ramai wanita peminat sukan judo di Korea sedih apabila pemain kebangsaan Korea iaitu An Chang Rim menyatakan bahawa hatinya sudah dimiliki. Malah, Chang Rim mengaku dia sudah mempunyai teman wanita.

Pengakuan tersebut telah dilakukan atlet ini menerusi program radio Kim Young Chuls Power FM yang disiarkan pada 20 Ogos 2021.

Nama atlet ini mendapat perhatian ramai apabila dia berjaya meraih pingat gangsa di sukan Olimpik 2020 dalam kategori bawah 73kg sukan Judo.

Foto dari naver.com


Menerusi program tersebut, Chang Rim memberitahu bahawa dia melihat semua komen dan pandangan terhadap diirinya di sosial media.

“Saya banyak dengar orang kata saya seperti anak anjing atau beruang. Kalu ekspresi kata saya kacak itu bagus tapi kalau kata saya comel itu macam lain macam je,” katanya.

Wanita Ideal Atlet Judo Han Hyo Joo


Walaupun mengakui dirinya sudah berpunya, Chang Rim sebenarnya menyukai wanita yang pandai berdikari dan ada keyakinan diri.

“Kalau berdasarkan wajah dan penampilan di kalangan selebriti, wanita ideal saya adalah Han Hyo Joo. Saya sudah ada teman wanita. Tapi dia tidak seperti Han Hyo Joo. Teman wanita saya ada syarat yang saya katakan tadi. Dia kuat dan keyakinan tinggi. Untuk sukan Olympic Paris, saya sasarkan pingat emas pada 2024,” jelasnya.


Kongsikan artikel ini