Kes penembakan yang berlaku di Gold Spa, Georgia, Atlanta telah meragut 8 orang mangsa yang mana 6 diantaranya adalah wanita bangsa Asia. Lebih mengejutkan 4 yang terbunuh adalah bangsa Korea iaitu Sucha Kim (69), Hyun Jung Grant (51), Soon C Park (74) dan Yong A Yue (63).
Peristiwa hitam tersebut secara tidak langsung tular seluruh dunia sehingga tercetusnya kempen #STOPASIANHATE yang dijalankan warganet. Kempen ini mendapat reaksi positif dari warga dunia sehingga ramai bintang ternama Korea terutama sekali turut melaungkan dan berkongsi mesej tentang #STOPASIANHATE.
Di sebalik peristiwa itu, tercetus satu lagi kisah sedih melibatkan mangsa yang bernama Hyun Jung Grant atau Kim Hyun Jung. Difahamkan mangsa ini merupakan ibu tunggal yang menyara dua anak lelakinya di perantauan. Dek kerana peristiwa pembunuhan yang melibatkan ibu tunggal ini, anaknya difahamkan tinggal sebatang kara di Amerika Syarikat.
Saudara mara mereka semuanya berada di Korea Selatan dan tidak boleh hadir ke Amerika Syarikat kerana faktor pademik yang masih lagi belum reda. Oleh itu, mereka berdua difahamkan tiada lagi tempat bergantung kerana selama ini ibunya yang menyara hidup mereka. Lebih teruk lagi, mereka kini semakin susah kerana diberi tempoh dua minggu saja sehingga akhir bulan Mac untuk keluar dari rumah yang mereka tinggal kini.
Diharap dapat tinggal lagi sebulan di rumah berkenaan dalam tempoh sebulan lagi bagi menyelesaikan masalah yang tertangguh, anak sulungnya bernama Randy Park merayu dari orang ramai untuk menghulukan derma bukan saja dari wang tetapi apa saja bantuan seperti makanan, bil dan perbelanjaan harian bagi dia dan adiknya.
Dalam pada itu, Randy juga sedang berusaha sebaik mungkin untuk bangkit dari kesedihan demi adiknya. Malah, Randy mengakui ibunya itu adalah inspirasi dan orang yang sanggup berkorban apa saja demi mereka. Jadi, bagi anda yang berminat untuk menghulurkan bantuan, anda bolehlah klik di ruang ini. Jika tidak pun, kongsikan laman ini supaya orang yang mampu menghulurkan bantuan boleh menyalurkannya kepada dua beradik ini.