Anak Muda Usia 19 hingga 29 Tahun Berisiko Tinggi Hadapi Kemurungan & Tekanan Mental

Jumlah anak muda di peringkat usia antara 19 hingga 29 tahun menghadapi tekanan mental atau kemurungan lebih tinggi berbanding peringkat umur yang lain.

Menurut statistik yang dikeluarkan pada April 2021 oleh Institut Pembangunan Pendidikan Korea, 25.33% dari umur 19-29 tahun memperoleh 10 mata tertinggi dari 27 mata kajian yang melibatkan 2063 dewasa anggaran usia 19 hingga 70 tahun secara global pada Disember tahun lalu.

Penambahan 10 mata itu dianggap sebagai risiko tinggi kemurungan. Peratusan kumpulan ini ternyata lebih berisiko berbanding kumpulan umur 30 tahun yang hanya 24.16%, kumpulan 40 dan 50 tahun masing-masing 18.67%, dan peringkat umur melebihi 60 tahun berjumlah 13.24%.

Berdasarkan keputusan menyeluruh, kumpulan 19-29 tahun juga mendapat undian tertinggi iaitu 6.36 mata dari kumpulan umur yang lain.

Foto Hiasan X-Frame


Bagaimanapun, keputusan tersebut yang melibatkan golongan muda masih belum dikenal pasti sama ada ia berkaitan virus Korona atau pun tidak.

Ini kerana, data kemurungan yang diterima mengikuti peringkat umur sebelum tahun 2019 masih belum disahkan lagi. Bagaimanapun, ia sudah jelas sekali, tekanan mental dan kemurungan kalangan anak muda begitu serius dan perlu diambil perhatian.

Pengkaji Senior dari Pembangunan Pendidikan Korea, Lim Hu Nam telah menjelaskan satu fakta yang menjawab persoalan ini.

“Sejak September tahun lepas, kementerian berkaitan dan perundingan perbandaran telah beroperasi untuk mengambil langkah-langkah untuk menyokong psikologi Covid-19, tetapi sukar untuk mencari jalan untuk membantu golongan kemurungan.

“Golongan muda berasa tertekan berbanding usia lain dan perkadaran golongan berisiko tinggi naik mendadak. Langkah-langkah sokongan diperlukan untuk ini,” katanya.

Kongsikan artikel ini