Anak Bunuh Ayah Kandungnya Akhirnya Ditangkap Selepas 5 Bulan Berpura-pura!

Hasil siasatan Polis selama lima bulan mendapati seorang lelaki berusia lingkungan 20-an dipercayai telah membunuh bapa kandungnya dengan mengatakan ia adalah kemalangan. Dia kini diperintah menjalani perbicaraan.

Lelaki tersebut didapati telah memukul ayahnya yang berusia 50-an banyak kali dengan kaki sehingga menyebabkan ayahnya mati di rumahnya di Muchuhol-gu Incheon pada 4 Januari 2021.

Dalam siasatan polis, lelaki berkenaan menafikannya dengan mengatakan kematian ayahnya langsung tiada kena mengena dengan dia.

“Saya tiada kaitan dengan ayah saya. Saya tidak tahu kenapa dia boleh mati,” kata penjenayah tersebut.

Penerusan siasatan mendapati ada kemungkinan si mati dibunuh tertuduh kerana kesan lebam di badan mangsa serta reaksi negatif pesalah terhadap si mati yang juga ayah kandungnya.

FOTO HIASAN PEXELS


Keputusan mendapati anaknya itu tinggal bersama anaknya dan telah mengurung ayahnya. Ini kerana, mangsa dikatakan menghadapi sakit yang membuatkan dia sukar untuk bergerak.

Bedah siasat juga menunjukan kecederaan teruk organ dalaman mangsa dengan tulang rusuknya retak. Mereka juga mengesan bahawa kesan lebam pada badan si mati timbul sebelum hari kematian lagi. Jadi, ia menunjukan bukti bahawa mangsa telah di pukul beberapa jam sebelum mati.

Polis turut menyiasat video CCTV sekitar tempat tinggal mereka dengan mendapati tiada siapa melawat si mati atau pembunuh. Tertuduh telah ditahan pada 7 Jun 2021 iaitu selepas lima bulan melakukan jenayah.

Pada awal Januari, tetruduh telah menghubungi 112 dan mengatakan ayahnya telah mati. Semasa siasatan awal, pembunuh memberitahu ayahnya telah jatuh dan mati.


Kongsikan artikel ini