Wajah dan penampilan selebriti Korea sering mendorong ramai bingung dengan status mereka. Malah, kerap kali juga peminat salah bual dan merasakan mereka masih bujang tapi hakikatnya mereka sudah berumahtangga.
Lebih teruk lagi, ada juga tidak menyangka beberapa selebriti lelaki ini sebenarnya mempunyai anak yang ramai dan sudah banyak tahun bergelar bapa. Sempena sambutan Hari Bapa, Korea Buzz tampilkan 20 Selebriti Lelaki Korea yang sering dianggap bujang padahal sebenarnya sudah bergelar bapa.
Bukan saja pelakon, ada juga bintang KPOP yang masih lagi aktif dan menari di pentas adalah seorang bapa penyayang di luar kamera dan pentas. Adakah anda salah seorang peminat mereka?