Persoalan mampukah artis Korea bergelar jutawan menjadi bualan segelintir pihak yang berminat menceburi bidang ini. Dek kerana banyak cerita negatif yang menyatakan ramai bintang Korea terutama sekali bintang KPOP kecundang dan akhirnya menjadi muflis menghantui segelintir pihak yang berbakat besar dalam bidang seni di Korea.
Namun, tidak dapat dinafikan, ramai selebriti Korea berjaya mencipta nama dan bergelar jutaan dengan berkerjaya sebagai selebriti. Istimewa buat pembaca Korea Buzz, berikut adalah artis wanita Korea yang dianggarkan mempunyai kekayaan luar biasa dalam meniti nama sebagai artis.
Jumlah kekayaan yang dimiliki artis-artis yang tersenarai ini ditimbang menerusi lima aspek. Aspek pertama gaji yang diberikan pihak pengurusan dan yang kedua pula menjadi model atau duta produk.
Aspek seterusnya pula adalah pelaburan yang dibuat artis-artis ini dalam bidang perniagaan, harta yang diwarisi dari keluarga dan kerjaya sebagai influencer di sosial media. Apa yang pasti, jumlah yang disebut adalah tidaklah 100% tepat sebaliknya ada diantara mereka memiliki jumlah yang dimaklumkan.
Jangan terkejut kerana majoriti mereka masih lagi solo dan belum mempunyai pasangan cinta. Siapakah wanita tersebut? Semak di sebelah. Mungkin anda pasti terkejut.