Beli RM100 Tapi Dapat Kupon RM500 Untuk Beli Jenama Terkemuka Di Austism Rules Fashion 2024 Charity Bazaar!

Sempena Autism Rules Fashion 2024 Charity Bazaar yang akan berlangsung dari 4 hingga 6 Oktober, pihak penganjur mengalu-alukan penyertaan anda untuk menikmati peluang membeli pelbagai jenama terkemuka pada harga yang sangat berpatutan.

Acara amal ini, yang akan diadakan di Quill City Mall, Magica Hall Tingkat 3, bakal menyaksikan penyertaan banyak jenama terkenal, termasuk jenama tempatan dan antarabangsa seperti Maswira Majid, Jay KK, Paul Choo, Maddy, Hudda Hassan, Key Ng dan ramai lagi.

Apa yang lebih menarik, anda boleh membeli barangan jenama ini dengan menggunakan kupon yang ditawarkan pada harga RM100 sahaja. Lebih istimewa, walaupun harga kupon hanya RM100, ia mengandungi nilai kupon sehingga RM500.

Selain menikmati pertunjukan fesyen yang menampilkan model-model terkenal dan bergaya, anda juga berpeluang berbelanja dengan kupon tersebut untuk membeli pelbagai tawaran, dijamin berbaloi. Acara pertunjukan fesyen pada
5 oct menampilkan Jayk & dan model autism. Manakala pada 6 Oct menampilkan 5 designer iaitu Maswira Majid , Paul choo, Maddy, Huda Hassan dan Jayk.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan kupon ini, anda boleh membuat pesanan dengan menghubungi Maswira Majid . Kupon ini adalah terhad, jadi bertindaklah segera sebelum kehabisan.

Kongsikan artikel ini