Penganjuran Altitude World Supermodel Global (AWS) tidak sama seperti pertandingan ratu cantik kerana AWS adalah pertandingan mencari supermodel dunia terbaik. Oleh itu, bagi kategori Best Ethnic Haute Couture Costume yang dipertandingkan lebih kepada jenis pakaian budaya dari setiap negara.
Bagi wakil dari Korea iaitu Paul An, sudah pasti dia akan mengayakan pakaian hanbok yang sememangnya menjadi identiti Korea walaupun ada sebilangan rakyat Cina mendakwa pakaian tradisional Korea ini adalah milik mereka.
Delegasi dari Malaysia sudah pasti bingung sedikit kerana masyarakat dan budaya yang pelbagai kaum. Ada sebilangan berpendapat Justin Ho wajar menggayakan baju budaya dari sabah atau sarawak kerana pakaian tersebut yang unik dan menarik. Bagaimanapun, ada juga mengatakan lebih baik menonjolkan baju masyarakat Melayu seperti baju Melayu tidak kiralah baju melayu teluk belanga mahupun cekak musang.
Pereka fesyen tempatan, Dato Sri Anas Abdullah yang diberikan amanah untuk mereka baju tradisional peserta Malaysia mempunyai cara tersendiri tentang baju yang wajar ditonjolkan. Difahamkan, beliau kini sedang sibuk menyiapkan baju berkenaan.
Pun begitu, ada mengatakan Justin Ho wajar mengenakan baju berkonsep Di Raja Melayu kerana Malaysia merupakan negara berdaulat yang mempunyai Raja. Dalam seminggu saja lagi peserta akan berangkat ke Bangkok Thailand untuk berentap dengan peserta dari negara lain.
Diantara pakaian diraja dan budaya Sarawak, mana satu yang anda rasa bagus digayakan oleh Justin Ho? Pandangan anda amat dialukan kerana ia mampu menambahkan lagi semangat pereka dan semestinya Justin Ho untuk memartabatkan budaya Malaysia dan nama negara. Lontarkan pandangan ini diruangan komen atau anda boleh hantar pesanan peribadi kepada National Director Malaysia dan Korea, Hyunmin_a di instagram peribadinya.