Lagi Kes Bapa Muda Bunuh Anak Usia 4 Tahun Di Rumah! Tapi kali ini Bapa Tunggal

Seorang lelaki usia lingkungan 20-an telah ditahan polis kerana membunuh anak perempuannya yang berumur 4 tahun di rumah. Balai Polis Sentral Suwon telah mengesahkan pada 16 Ogos 2021 yang mana mereka kini sedang menyiasat dan menahan lelaki lewat 20 tahun atas tuduhan membunuh.

Menurut polis, lelaki itu didakwa membunuh anak perempuannya itu di rumahnya yang terletak di paldal-gu, Suwon kira-kira jam 5 petang hari sebelum ditahan.

FOTO HIASAN PEXELS


Mayat anaknya itu telah dijumpai dan polis sudah pun menghantar untuk dibedah siarat oleh pihak forensik nasional untuk mengenal pasti punca kematian.

Bapanya itu telah membunuh dan mencederakan anaknya itu dan menghubungi pihak 119. Mangsa telah dibawakan ke hospital namun tidak dapat diselamatkan.

FOTO HIASAN PEXELS


Lelaki ini menjaga anaknya seorang diri selepas bercerai dengan isterinya. Selama ini, lelaki ini menerima bantuan dari ibunya untuk menjaga anaknya itu. Polis akan mengeluarkan waran tangkap bagi menahan dan menyiasat tertuduh.


Kongsikan artikel ini