Dulu Sado Kini Gedempol! Lelaki Korea Dedah Bahayanya Mukbang Di Kala COVID19

Youtuber dari Korea yang mengendalikan saluran Fitevely mengejut pengikut dan pelanggannya dengan tubuh yang berubah menjadi bulat dan tidak lagi berotot kekar.

Fitevely atau Moon yang menjadi popular kerana video beliau yang memakan banyak bahan berkalori tinggi tampil malu dengan badannya yang kini bukan lagi kategori seksi.

Moon yang bertugas sebagai personal trainer telah memuat naik video yang berjudul +20KG Trainer Gemuk mendedahkan kenaikan berat badannya dari 83 kilogram ke 103 kg.

Kenaikan mendadak ini berpunca dari gym miliknya yang terpaksa ditutup kerana Covid-19 dan mendorong beliau untuk membuat program Mukbang.
Menerusi program tersebut, dia yang selama ini berpantang dari makan ayam dan macaron telah melanggar rutin tersebut dengan menjayakan program Mukbang yang kini sudah enam bulan dikendalikannya.  


Walaupun perbezaan ketara fizikalnya di bahagian perut, tepi dan dada yang tidak lagi berbentuk, Moon menganggap ia adalah satu keajaiban.

Dengan membelanjakan 1.3 juta won, Moon telah memesan makanan tiga kali sehari untuk tempoh sebulan dengan menggunakan aplikasi atas talian.

Mampukah dia kembali seperti ini?


“Saya kena berhenti mulai esok. Namun, ia juga terpulang kepada video ini sama ada saya patut kekal buat program Mukbang atau kembali menjadi trainer. Tapi saya akan mula diet,” katanya.


Kongsikan artikel ini