Nama dan kreadibiliti pelakon handalan, Datuk Rosyam Nor atau nama sebenarnya Mohamed Noor Bin Shamsudddin memang tidak disangkal lagi. Bagi saja watak kepadanya, pasti meninggalkan kesan. Mula dikenali menerusi filem Perempuan, Isteri & … sangat meninggalkan kesan yang mendalami. Sejak dari itulah juga, dia mendapat tawaran sana-sini.
Malah, pelakon yang juga bergelar usahawan supermarket ini menjadi bualan hangat apabila Rosyam Mart banyak membantu ramai rakyat jelata dengan harga yang murah dan berpatutan. Malah, dia juga banyak membantu artis tempatan untuk berniaga bersamanya.
Terbaru, nama dia terus mendapat perhatian apabila lakonan mantapnya dalam Memoir Seorang Guru sangat meninggalkan kesan mendalam. Terutama sekali kepada mereka yang bergelar pendidik. Malah, dia sendiri berkata, jikalau lakonan dia tidak menjadi dalam naskah ini, maka pengalamannya sebagai seorang pelakon hanyalah sia-sia belaka.
Dalam pada itu, figura ini sebenarnya pernah menyatakan hasrat ingin memperkembangkan sayap ke pasaran Korea. Dia dikhabarkan ingin melihat dan rasai pengalaman bekerjasama dalam mana-mana program di Korea.
Pun begitu, dia berkata, dia sanggup mencuba apa saja bidang hiburan Korea kecuali tarian atau pun KPOP. Selain mahu cuba berlakon dalam drama Korea atau filem, dia ingin melibatkan diri dalam pelbagai program variati Korea.
Semoga hasrat Rosyam menjadi dan orang yang membawa hasrat ini mampu merealisasikan impian dia. Agaknya, apakah program Korea yang boleh Rosyam Nor masuk? Cuba komen sikit.