Selepas 420 Hari Bercinta, Pakwe Kantoi Curang Tidur Dengan Lelaki & Amal Skandal Songsang

Pada 30 Mei lalu, seorang wanita terkejut selepas mengetahui buah hatinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. Dia ketahui rahsia tersebut setelah 420 hari menyulam cinta bersama.

Wanita tersebut diketahui berusia 22 tahun dan telah membuat pengakuan tentang hubungan sulit kekasihnya di facebook Tell Me About You.

“Teman lelaki saya berusia 27 tahun. Kami sudah bersama selama 420 hari. Kami juga telah tinggal bersama selama setahun,” kata wanita tersebut.

Foto Hiasan Grace Studio


Menjelas bagaimana kekasihnya kantoi main kayu tiga dengan lelaki, wanita itu menceritakan segalanya bermula selepas dia mahu mencari maklumat menggunakan telefon pintar buah hatinya itu.

“Sebulan yang lalu, saya mencari restoran yang bagus dengan menggunakan telefon pakwe saya. Kemudian saya ternampak sesuatu. Pada mulanya, saya ingat ia adalah salah. Namun, apabila saya melihat peti mesej naver dia, ada banyak gambar dia tidur bersama dengan lelaki.

Foto Hiasan Grace Studio


“Kemudian, saya lihat mesej di kakaotalk, saya nampak mesej perbualan yang melihatkan dia telah mengenali lelaki itu lebih kurang tiga minggu. Kemudian, saya tanya pakwe saya tentang lelaki itu, tetapi dia kata tidak menemui lelaki itu langsung,” jelanya.

Selepas itu, pakwenya mempersoalkan setelah kantoi dan menyatakan salahke dia tidur dengan lelaki itu. Malah, dia memberi alasan hanya mahu minum bersama dan itu adalah untuk yang terakhir kali.

Foto Hiasan Grace Studio


Sementara itu, netizen yang ketahui kisah ini bertanya kepada wanita tersebut apa yang dia bakal lakukan selepas kekasihnya main kayu tiga dengan lelaki. Malah, ada juga menasihatkan agar wanita ini putus dengan kekasihnya itu.

Foto Hiasan Grace Studio


Apa sekalipun, hubungan mereka berdua masih tidak diketahui penghujungnya. Berkemungkinan besar ia adalah salah faham memandangkan hubungan bromance di Korea semakin banyak diamalkan walaupun sudah mempunyai kekasih.

Kongsikan artikel ini