Isteri Cuba Bunuh Diri, Suami Terpaksa Berhenti Kerja Membela Isteri Yang Dirogol Majikan!

Bapa kepada tiga orang anak telah menghantar satu petisyen ke pejabat presiden Cheong Wa Dae dengan memintanya menghukum bos syarikat yang telah merogol isterinya.

Lelaki yang memperkenalkan diri sebagai suami pekerja sosial, mendakwa ketua pusat kebajikan 10 tahun lebih muda daripada isterinya telah menggunakan kuasanya dan merogol isterinya beberapa kali dengan memaksanya untuk bertindak serupa untuk beberapa kali.

FOTO HIASAN PEXELS

“Isteri saya sangat tertekan dan telah melakukan cubaan membunuh diri,. Ia mengejutkan saya dan tiga anak yang masih murid sekolah rendah. Saya terpaksa berhenti kerja kerana tidak dapat meninggalkan isteri saya dalam keadaan sebegitu dan anak-anak sering menangis ketakutan merisaukan ibunya yang mungkin melakukan kesalahan,” kata suami mangsa.

Kementerian Kesaksamaan Jantina dan Keluarga, yang bertanggungjawab menjaga hak dan kepentingan wanita dengan mencegah keganasan seksual dan melindungi mangsa, menggesa pusat kebajikan dan pesalah itu dihukum dengan teruk.

FOTO HIASAN PEXELS

Netizen marah apabila artikel itu dikeluarkan kepada pelbagai komuniti dalam talian serta lembaga petisyen kebangsaan Cheong Wa Dae.

Kongsikan artikel ini