Sedap & Menyelerakan. Burger BLACKPINK Laris Di Pasaran Thailand!

Peminat BLACKPINK di Thailand teruja apabila Burger King Thailand telah memperkenalkan menu baru inspirasi dari bintang KPOP yang mempunyai ahli dari Thailand iaitu Lisa. Menurut laporan media pada 12 Februari lalu, sempena kempen Hari Kekasih atau Valentine Days, Burger King telah memperkenalkan BLACK AND PINK Burger sebagai menu terhad dan eksklusif.

Malah, menerusi sosial media rasmi Burger King, mereka mempromosikan menu tersebut sebagai Menu romantik untuk pasangan atau solo sempena hari kekasih.


Menu baru yang diperkenalkan itu terdiri daripada Black Double Green Onion Burger dan Pink Salmon Burger. Untuk Green Onion Burger, roti berwarna hitam digunakan manakala untuk Salmon Burger, roti merah jambu digunakan. Harga burger tersebut berbeza yang mana Black Burger berharga 149 baht dan 89 baht untuk Pink Burger!

Netizen seluruh dunia terutama sekali peminat KPOP teruja apabila nama dan warna menu itu dilihat inspirasi dari BLACKPINK. Pun begitu, menu ini sebenarnya tidaklah rasmi kolaborasi dengan kumpulan itu. Walau bagaimanapun, ia dilihat mahu fokus untuk menarik perhatian peminat BLACKPINK di Thailand yang mana populariti kumpulan ini naik mendadak di Thailand.

Apa yang pasti, menu yang dilancarkan ini mendapat sambutan luar biasa sejak hari dilancarkan. Malah, Burger King Thailand terpaksa mengeluarkan permohonan maaf kerana stok burger tersebut habis di beberapa cawangan Burger King di Thailand.

Kongsikan artikel ini