Tak Perlu Minyak Pengasih, Ini Cara Tular Tundukan Wanita Korea Dari Kim Duk Bae!

Youtuber terkenal dari Korea, Kim Duk Bae yang memiliki pengikut seramai 287K membuatkan ramai lelaki Korea menyokongnya apabila dia telah membongkar misteri disebalik cara realitik untuk mendapatkan wanita terutama sekali wanita Korea.

Menerusi video berjudul “ A Realitic way to date women’ yang dimuat naik pada 11 Mac 2021, pelbagai komen dan reaksi diterima pengikutnya terutama sekali wanita. Paling mengejutkan, dia mendedahkan cara menjadi lelaki jahat atau nakal yang sering popular dikalangan wanita.

“Saya tahu ramai lelaki dewasa yang tidak popular dikalangan wanita menonton video ini. Saya faham semuanya. Percayalah saya dan ikut cara ini. Saya juga seperti lelaki ini sebelum ini.

“Jika anda mencari lelaki nakal atau playboy di youtube, pasti banyak cerita mengenai golongan lelaki sebegini. Jadi, saya akan kongsi kepada anda dari A hingga Z cara untuk mempraktikkannya. Saya harap, semua orang dapat mencubanya dan menjadi lelaki jahat didunia,”katanya.

Menjelaskan dengan lebih terperinci, Duk Bae memberitahu perkara paling penting dalam ilmu ini adalah memperluaskan diri anda dalam dunia fesyen.



“Jika anda pakai kemeja, anda perlu tidak memakai butang lebih dari satu. Kemudian cara bercakap perlu berubah. Anda kena ingat empat perkara iaitu pendek, tebal, sembunyi dan tong.

“Anda perlu meminta untuk dimaklumkan tanpa mengatakan dengan cara singkat dan tegas. Kemudian, gunakan status kakaotalk anda dengan menulis seperti saya tidak percaya wanita kecuali ibu saya,”jelasnya.

Walaupun perkongsian itu dibuat secara jenaka tetapi majoriti yang menonton video berkenaan menganggap inilah cara terbaik untuk mendapatkan wanita yang disukai selama in. Apa sekalipun, anda perlu menonton sendiri video berkenaan, mungkin anda juga boleh mengikuti tips yang dikongsikannya.