Peminat BLACKPINK Berumur 15 Tahun Ini Kembar Cha Eun Woo

Melihat kelibat dan wajah anak muda ini, pasti ramai menyangka dia adalah hero utama drama True Beauty iaitu Cha Eun Woo. Hakikatnya, sangkaan itu salah kerana anak muda yang berasal dari Jepun ini bukanlah ahli KPOP Astro tetapi remaja bernama Sho.

Ramai terpedaya dengan wajahnya tetapi dalam masa yang sama terkejut. Lantas, Alex Sho yang lahir pada 9 Mei 2006 menjadi semakin popular dan di kejar peminat Cha Eun Woo. Difahamkan, Alex kini baru saja menjadi pelakon dan model cilik di Jepun.


Alex yang berdarah kacukan Jerman dan Jepun ini mula menjadi popular selepas ibunya memuat naik fotonya di instagram. Sho kini sah menjadi bakat muda di agensi Seventh Avenue. Dia mula bergelar model pada Mac 2018. Dia juga kini sudah pun bergelar pelakon dalam drama Hana Nochi Hare iaitu watak Sho Hirano sewaktu kecil.


Menariknya, kembar Cha Eun Woo ini juga adalah peminat fanatik BLACKPINK dan pernah ke konsert idola wanita kesukaaan ramai itu. Mungkinkah Sho bakal menjadi pelakon di Korea sekaligus menyertai kumpulan KPOP?


Apapun mungkin menarik kalau mereka berdua ditemukan dalam sebuah drama. Gerenti hits! Setuju?

Kongsikan artikel ini