Covid 19: Masjid Ditutup, Muslim Korea Tidak Dibenarkan Solat Jumaat

Korea Selatan mengalami masalah besar apabila mangsa Corona virus atau Covid-19 semakin meningkat sehingga Korea berada di tangga kedua negara yang terbanyak mempunyai mangsa selepas China. Atas dasar ini juga, semua pihak di Korea mengambil langkah berjaga-jaga.

 

Keadaan pintu masuk Korea sewaktu Jumaat tadi.

Walaupun belum ada mangsa dari golongan muslim Korea dikenal pasti, pihak kerajaan telah mengeluarkan notis rasmi kepada pihak komuniti Islam agar menutup masjid pada hari Jumaat. Malah, muslim di Korea juga tidak dibenarkan menunaikan solat Jumaat mulai hari ini.

Notis dari Korea Muslim Federation.

Langkah keselamatan ini dibuat kerana setiap kali Solat Jumaat, ia pasti melibatkan ramai golongan pelancong yang menunaikan solat di situ, Jadi, mereka khuatir virus ini bakal merebak lagi teruk.

 

Semua pintu masuk ke masjid di tutup.

Mengesahkan mengenai pengumuman ini, Presiden Halal Korea, Ahmad Cho mengatakan notis penutupan ini hanya untuk hari jumaat saja.

“Arahan tersebut baru saja berkuat kuasa bermula hari ini. (28 Februari). Pihak kerajaan Korea telah memberikan notis buat kami di sini. Kami terpaksa akur dengan keputusan tersebut demi menjaga keselamatan rakyat Korea. Setakat ini, kami tidak tahu sampai bila notis itu berkuat kuasa.

“Namun, baru hari ini kami tidak boleh tunaikan solat Jumaat. Pun begitu, masjid masih lagi dibuka untuk solat untuk waktu lain. Ia hanya ditutup untuk solat Jumaat saja. Kami berharap agar rakan-rakan Islam di mana-mana boleh mendoakan keselamatan kami di sini sekaligus membolehkan kami untuk solat Jumaat. Marilah kita sama-sama solat Jumaat semoga semuanya selamat. Setakat ini, masih tiada lagi Muslim Korea dijangkiti virus,” Katanya.

 

Masjid Korea lengang sewaktu solat Jumaat.

Berikut adalah video mengenai situasi Masjid Besar Korea di Itaewon Seoul serta pengumuman rasmi dari Imam Besar Korea, Abdul Rahman Lee.

 

Kongsikan artikel ini