Hentikan Drama! Daud Kim Buka Pekung Pengkhianat Islam Menikam Belakang

Kekecewaan seorang bapa makin menjadi-jadi apabila anak kecil yang disayangi menerima hukuman yang tidak sepatutnya dek kerana kesalahan diri. Itulah luahan Daud Kim yang terima hukuman yang melanda dirinya tetapi tidak buat anaknya yang baru saja mahu memasuki alam persekolahan.

Kerana tidak tahan terus dihina dan diherdik, akhirnya Daud Kim atau nama sebenarnya Kim Jae Han telah mendedahkan segala rasa dan rahsia berkaitan kes yang membuatkan namanya. Pendedahan tersebut telah didedahkan pada video terbaru di saluran youtubenya berjudul The Things I didn’t Tell You.

Lebih panas lagi, video tersebut turut mempamerkan banyak bukti yang lebih kepada mahu menjatuhkan dirinya walaupun dia sudah banyak kali memohon maaf serta mengakui masih lagi seorang muslim.

Apa yang lebih menyedihkan, dalang yang sering melemparkan fitnah dan mahu menjatuhkan dirinya didakwa dari golongan Muslim Korea yang suka menyebarkan berita palsu bukan saja tentang dirinya tetapi berkaitan anak dan isterinya.


Dari bukti-bukti tersebut, timbul pula pertanyaan mengapa mesti orang Islam sendiri yang mahu menjatuhkan dirinya. Serta banyak lagi fakta dan dakwaan yang mengatakan selama ini Daud diperalat.

Untuk mengenal pasti segalanya, tonton sendiri video yang baru saya di muat naik pada 10 Januari 2021 yang mana Daud meninggalkan komen berbunyi

“No matter how hard they try to pull me down I am still a muslim May Allah protect us’” Daud kim yang sebelum ini lebih dikenali dengan nama Jay Kim.

Kongsikan artikel ini