Pembaca Korea Buzz terkejut dan menyangka, Muse 9 bernama Dave Tan seorang lelaki berasal dari Korea atau lebih sesuai di panggil Oppa. Namun, sangkaan itu meleset kerana Dave Tan atau nama sebenarnya Tan Yong Cze merupakan jejaka kacak asal Malaysia dan berbangsa Cina.
Selain dari miliki wajah kacak seperti hero Korea, Dave Tan juga memberi saingan sengit sehingga hampir kesemua Muse gerun dengannya. Badan yang dimiliki seperti uniform kerana ototnya terletak kekal di badan tanpa perlu mengeraskan badan atau gaya sepatutnya.
Perkara tersebut diperakui sendiri juru kamera fesyen, Izzue Malique yang merakam foto ke semua TOP 9 Altitude World Supermodel Malaysia 21/22 kecuali Andy dan Arif yang tidak hadir kerana terlibat dengan rakaman muzik video.
“Melihat Dave secara berdepan dengan mata kasar, dia seorang jejaka biasa. Seorang pemalu dan takut. Namun, dia seperti ada magis atau filter dan transform menjadi orang lain. Kesemua foto yang terhasil sangat menerujakan. Jadi, tidak hairanlah dia berpontesi besar dalam bidang komersil kerana pesona yang baik dalam gambar,” kata Izzue.
Beberapa juri antarabangsa turut tertanya-tanya benarkah Dave orang Malaysia sedangkan dia miliki wajah seperti orang Korea. Selain Dave, juri antarabangsa yang menilai dari segi kemaskini instagram besar melihat potensi seperti orang Korea terhadap peserta bernama Andy, Justin Choo, Kryz dan Justin Ho.
Anda berpeluang mengundi peserta kesukaan anda di sini.