Sesi orientasi anjuran kedutaan Korea Selatan di Malaysia yang dijalankan secara atas talian meriah dengan dihadiri 100 aktivis atas talian yang dipilih pihak kedutaan pada 21 April 2021. Malah, youtuber Korea yang popular memuat naik video kandungan berkaitan Malaysia iaitu BLIMEY turut serta memberi sokongan pada sesi tersebut.
Acara yang dimulakan dengan ucapan dan ungkapan bangga dari duta Korea iaitu Lee Chi Beom turut mengundang kejutan dan keterujaan para peserta apabila mengumumkan pelbagai program menarik yang bakal dianjurkan sepanjang 2021 walaupun dunia masih dilanda pandemik COVID-19.
Program tersebut turut sama mengumumkan aktivis atas talian terbaik 2020 dengan menyaksikan 10 individu terbaik yang gigih menjalankan tugas dalam cabaran COVID-19 dengan menyebarkan mesej terbaik tentang Korea sepanjang 2020 kepada masyarakat Malaysia khasnya.
Mengikut perancangan, acara tahunan yang sering mendapat sambutan luar biasa dari peminat industri hiburan Korea di Malaysia iaitu K-POP World Festival bakal dianjurkan antara Jun hingga Ogos depan. Manakala K-Film Festival juga kembali dianjurkan pada September 2021.
Pada Oktober 2021 pula, K-Culture Week & Korea Day Event bakal dilaksanakan. Walaubagaimanapun, kesemua perancangan ini juga tertakluk kepada perkembangan pandemik COVID-19 yang grafnya turun naik bukan saja di Malaysia tetapi juga di Korea.