Gelar BTS Super Cool Guys, Ed Sheeran Kembali Buat Lagu Untuk BTS Selepas 2 Tahun

Bintang KPOP Global, BTS yang dianggotai Jin, Jimin, Jungkook, V, J-Hope, Suga dan RM kembali berkolaborasi bersama artis antarabangsa dari British iaitu Ed Sheeran selepas dua tahun.

Perkara tersebut telah disahkan oleh Ed Sheeran apabila dia diundang sebagai artis jemputan untuk program US Radio Most Requested Live pada Selasa lalu.


“Saya terlibat dalam pembikinan album baru BTS. Saya pernah pernah terlibat dengan mereka. Saya hanya akan menulis lagu untuk mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Ed Sheeran sempat memuji dan meluahkan rasa tentang BTS.

“BTS super Cool guys.” Kata Ed yang mempunyai harapan tinggi untuk lagu baru yang ditulisnya untuk BTS.

Sebelum ini, Ed pernah berkolaborasi dengan BTS menerusi minim album MAP OF THE SOUL PERSONA pada 2019 untuk lagu Make It Light.

Ed Sheeran

Make It Light sebuah lagu yang mengisahkan luahan cinta terhadap insan yang menghargainya diwaktu susah. Lagu berkenaan mendapat respon baik diperingkat global termasuklah masuk carta Billboard Hot 100 sewaktu ia dilancarkan.


BTS menjadi tangga teratas Hot 100 untuk empat minggu berturut-turut dengan lagu Butter. Mereka merupakan penyanyi Asia pertama mencatat rekod sedemikian selepas lagu Butter disiarkan mula 9 April 2021.

BTS

Dalam pada itu, lagu baru yang ditulis itu dikatakan mengandungi tenaga positif BTS. Malah, Big Hit Music mengatakan ia adalah lagu yang bakal membuatkan jatuh peminat bergoncang.

Kongsikan artikel ini