Fattah Amin Terus Diam, Remake Coffee Prince 4 Negara Jadi Pengajaran

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sepanjang minggu lalu, isu bantahan yang dibuat terhadap pelakon Fattah Amin oleh peminat tegar Korea terus menjadi buah mulut. Ada yang pandang negatif dan ada juga pandang positif.

 

Apa yang pasti, status penglibatan Fattah dengan remake Coffee Prince (CP) arahan Michael Ang masih lagi tergantung kerana pelakon yang sibuk dengan pengambaran drama Wanita Terindah terus mendiamkan diri.

 

Fattah Amin ( 2 dari kanan) bersama hero-hero Remake Coffee Prince dari 4 buah negara.

 

 

Sungguhpun pihak Astro dan Michael Ang sudah memaklumkan dengan nyata bahawa pihak mereka masih belum memilih hero Malaysia yang bakal menggalas tanggungjawab Gong Yoo dalam Coffee Prince, peminat tegar Korea dan peminat Fattah masih terus berteka- teki dan bergantung harap. Harapan manakah bakal tertunai?

 

 

Dalam kekecohan berkenaan, hanya pelakon Janna Nick yang sudah membuka mulut dan membuat pengesahan bahawa dia bakal memegang watak yang sama dengan Yoo Eun Hee dalam Coffee Prince. Malah, Janna akui sebagai peminat drama Korea, dia memahami bantahan yang dibuat oleh peminat tegar Korea terhadap Fattah.

 

 

Dalam pada itu, Janna tidak kisah untuk digandingkan dengan sesiapa saja dan berasa sedikit gugup untuk melakonkan watak tersebut.

 

Sementara itu, kehebatan drama Coffee Prince tidak boleh disangkal lagi yang mana 4 buah negara iaitu China, Taiwan, Filipina dan Thailand sudah pun mencipta rekod masing-masing dalam remake Coffee Prince versi tersendiri.

 

Mungkin jua atas dasar ini, peminat tegar Korea di Malaysia terus bertegas terhadap pemilihan Fattah Amin. Untuk meneliti hasrat berkenaan, kami rangkukan infomasi mengenai 4 remake dari empat buah negara.

 

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini