Daebak! 7 Oppa Korea Cakap Melayu Untuk Bawa Anda Bersiar-siar Di Seoul

2 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

HUE OPPA: KAHWIN? CEPAT SANGAT TU!

1. Cerita sikit pasal anda?
Saya seorang yang bertimbang rasa dan sensitif. Saya adalah anak tunggal dan major dalam Seni Sculpture. Saya suka alam semulajadi dan haiwan. Saya pernah aktif dalam sukan bola sepak dan lumba lari tetapi sejak kebelakangan ini saya sudah tidak aktif lagi. Kalau saya tiada pelanggan untuk melancong, saya bekerja di Café atau pun buat kerja seni sculpture. Sebenarnya saya banyak menghabiskan masa saya di rumah berbanding berjalan-jalan. Saya gemar menyanyi dan menunggal basikal untuk menghilang rasa tertekan dan bosan.

 

2.Apa perbezaan anda dengan Oppa yang lain?
Saya yang paling tua. Hahaha..

 

3. Kenapa bekerja sebagai Oppa?

Saya suka bahasa dan mendapati sangat menarik untuk berjumpa dengan orang baru dari pelbagai kaum dan budaya.

 

4.Kongsi sikit kenangan manis sepanjang bergelar Oppa?Bila masing-masing ketahui kebenaran sesebuah fakta yang didengari selama ini.

 

5.Ada kenangan buruk tak jadi Oppa?
Setakat ini tiada. Cuma masalah cuaca saja.

 

6. Anda teringin melayan pelancong dari mana?
Orang yang betul-betul nak tahu tentang buday Korea lebih dari orang lain.

 

7. Adakah anda menerima komen negatif dari orang Korea sendiri?
Sama sekali tiada. Saya rasa kerja saya ini istimewa dan sangat menarik.

 

8.Apa perancangan anda untuk pelanggan baru?
Sentiasa cuba menjadi kawan melancong yang terbaik dan lebih dari sebelum ini.

 

9.Apa nasihat anda untuk lelaki lain yang berminat bekerja seperti anda?
Kalau anda fikir positif dan cuba komunikasi dengan baik, anda boleh menjadi kawan melancong yang bagus.

 

10.Pandangan anda tentang status kerja dan nasihat untuk bakal pelanggan?
Bila saya bekerja sebagai Oppa, pelbagai situasi bakal dihadapi dan anda perlu sentiasa berhati dalam menghadapi masalah cuaca, kerenah pelangan dan citarasa.

 

11. Anda suka seni, rasa-rasanya lukisan apa yang anda mahu berikan kepada pelanggan?
Gambar di note pad? Sebenarnya saya sudah tiada masa nak melukis. Maaf ya…hahaha.

 

12. Pernah tak pelanggan ajak kahwin?
Kahwin? Bukankah ia terlalu cepat? Saya akan cadang habiskan masa bersama dan nikmati pelancongan yang indah di Korea.

 

13. Apa anda akan buat bila pelanggan kata muka anda tidak sama macam dalam foto?
Saya hanya mampu minta maaf dan katakan saya bukannya selebriti atau pun bintang K-POP.

 

14. Bagaimanakah anda kawal keadaan apabila pelanggan minta servis yang berlebihan?
Saya akan cuba memberikan servis terbaik dan mengikut kemampuan saya. Namun, saya akan menolak kalau permintaan tersebut diluar batas. Saya juga berharap pelanggan kami tahu perkhidmatan sebenar yang disediakan.

 

15. Anda suka haiwan, tapi kalau pelanggan tidak suka haiwan, apa anda akan buat?
Tiada masalah. Saya boleh berkongsi hobi yang lain dan perkara yang dia sukakan.

2 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini