GAGMAN Park Dae Seung Didakwa Pasang CCTV Dalam Tandas Wanita KBS

Peminat rancangan Komedi popular Korea, GAGMAN pasti terkejut apabila mendapat tahu salah seorang pelawak popular dari rancangan itu telah memasang kamera CCTV dalam tandas wanita di stesen TV KBS yang terletak di Yeouido.

Selepas berita ini tersebar luas, pihak polis Korea telah bergegas dan mencari dalang sebenar kes jenayah ini. Selepas disiasat secara terperinci, angkara pemasangan CCTV tersebut berpunca dari seorang pelawak.

Sebelum ini, identiti sebenar penjenayah tersebut tidak dikenal pasti. Bagaimanapun, saluran Youtube Horizontal Vertical Lab telah menyiarkan video yang mengenal pasti penjenayah tersebut tidak lain tidak bukan ialah Park Dae Sung.

Saluran Youtube yang dikelolakan oleh seorang peguam dan 2 bekas wartawan ini telah membuktikan bahawa Park Dae Sung yang telah memasang CCTV berkenaan dalam tandas wanita.

Walaupun pelbagai komen telah tersebar, pelawak berkenaan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan. Tindakan yang telah dilakukannya hanyalah menukar akaun sosial media miliknya kepada mode private.

Lebih panas, pihak KBS tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan yang kukuh apabila pihak berkuasa menghubungi bagi mengesahkan pesalah laku.

Park Dae Seung dikenali sebagai seorang pelawak yang bekerja keras. Selepas 11 tahun menyiapkan diri dan menyertai pelbagai uji bakat, akhirnya figura ini berjaya menjadi pelawak di KBS. Setakat ini, dia masih belum mengaku atau menolak dakwaan tersebut.

Kongsikan artikel ini