Pernah dua kali hadir ke Malaysia, aktor yang dikenali menerusi filem X-Rated di Korea, Cho Wan Jin telah pun selamat mendirikan rumah tangga pada pertengahan tahun 2023. Walaupun isterinya bukan datang dalam industri yang sama, pasangan ini terus mengecapi kebahagian apabila dikurniakan cahaya mata baru-baru ini.
Pun begitu, ada peminatnya bertanya, adakah dia terus tidak menjadi hero selepas berumahtangga? Sebelum mengetahui jawapan tersebut, Wan Jin juga pernah tular di Korea apabila muncul dalam siri wawancara di laman youtube.
Waktu itu, Wan Jin berterus terang cara bagaimana dia melakukan babak ranjang dalam filem X-Rated. Pemilihan Wan Jin dalam wawancara tersebut kerana dia dianggap lelaki yang bertubuh gempal tetapi mendapat perhatian apabila berlakon dalam filem seperti itu.
Berbalik kepada kariernya sebagai pelakon X-Rated, Wan Jin dilihat sudah berubah fizikalnya menjadi lebih gempal dan nampak sangat sibuk menjalani tanggungjawab sebagai seorang bapa. Semua ini dikongsi Wan Jin di laman sosial media miliknya.
Kelibatnya tidak lagi dilihat sebagai aktor X-rated. Mungkin dia kini sibuk menjadi CEO syarikat yang menguruskan karier dan produksi filem X-Rated. Apapun, terlintas difikiran apakah reaksi anaknya apabila sudah besar apabila mendapat tahu bapanya banyak adengan bogel dalam drama?
Kalau anda bagaimana pula?