Sejak drama yang berinspirasi permainan video popular di Korea iaitu #Squidgames menjadi tular satu dunia, ada saja cerita berkaitan tunjang ini dibangkitkan. Malah, ada juga mencapai satu era baru yang mana sebelum ini tidak ke arah dunia digital tetapi kini menjadi gila sosial media.
Pelakon wanita yang menjadi bualan hangat adalah Jung Ho Yeon. Wanita cantik yang memegang watak Kang Sae Byeok atau player 67 yang menjadi detektor dari Korea Utara. Dalam drama ini, dia mempunyai seorang adik lelaki tetapi tidak mampu menjaga adiknya itu. Lantas dia memberitahu Seong Gi Hun untuk menjaga adiknya sebelum dia mati.
Ho Yeon kini menjadi akres yang paling ramai pengikut di Instagram selepas muncul dalam drama ini. Sebelum bergelar aktres, dia adalah seorang model. Dia mula terjun menjadi model sejak berusia 16 tahun lagi. Ramai tidak tahu, Jo Hyeon merupakan kawan baik kepada ahli Blackpink iaitu Jennie.
Seorang lagi aktres #SquidGame yang menjadi bualan adalah Kim Joo Ryeong. Dia memegang watak Han Minyeo atau player 212. Wataknya sangat misteri dan wanita yang manipulatif dengan perangai yang menjengkelkan. Industri perfileman Korea amat mengenalinya tetapi dia tidaklah sepopular selepas berlakon drama ini.
Dia pertama kali muncul sebagai pelakon drama filem berkonsepkan seks dan erotik iaitu Plum Blossom. Terbaru dia juga muncul dalam naskah King Maker: The Change of destiny.