Macam Budak Perempuan Je!…Ahli Bina Badan Popular Korea, Hwang Chul Soon Menangis Kerana Kimchi Pedas!

Dek kerana iklan, untuk pertama kalinya, Hwang Chul Soon menangis . Ahli bina badan terkenal Korea ini berkata sedemikian sewaktu program makan (Mukbang) yang mana waktu itu dia memakan kimchi pedas sambil menitiskan air mata.


Pada 27 April 2021, menerusi saluran Youtube bernama CHUL SOON HWANG, abang sado Korea ini telah memuat naik video dengan bertajuk “The Legendary Silbi Kimchi Mukbang.”

“Dengan permintaan dan cinta yang tinggi, akhirnya saya buat iklan makan. Bukan program makan yang biasa dilakukan youtuber iaitu Mukbang. Antara banyak-banyak iklan, makanan yang boleh dimakan akan saya iklankan,” ujarnya.

Dalam video berkenaan, dia telah memakan babi rebus, nasi putih, kuah sup dan kimchi merah hitam.

“Tidak kira berapa banyak anda menegaskan bahawa ia adalah anda, anda tidak boleh bersaing dengan budaya pembuatan kimchi Korea. Saya tidak dapat bersaing dengan rasa kimchi. Kimchi adalah pengemis Korea, yang berani mempunyai kimchi?” tegasnya.

Selepas 10 saat memasukan kimchi ke dalam mulut, mulut Hwang Chul Soon menjadi kebas lantas dia mengatakan apabila memakan makanan pedas, jangan makan terlalu perlahan.


Kemedia dia yang menggigit daging babi dengan skala yang besar dan makan kimchi sambil mengeluhkan peluh yang banyak.

“Ianya seperti saya menangis untuk pertama kali sejak saya bergelar bapa. Itulah betapa pedasnya makanan ini,” ujarnya.

Seterusnya, Hwang Chul-soon, meninggalkan ruangan tersebut dengan menangis dan berpeluh seluruh badannya. Dia menegaskan dia perlu mandi selepas ini.

“Saya tidak rasa nak mandi sekarang tapi rasa mahu makan lagi. Sedap makan berterusan apabila kita rasa pedas. Saya datang semula duduk dan mahu makan untuk siaran ini,” katanya.



Video Hwang Chul Soon yang makan kimchi pedas ini mengejutkan ramai pihak kerana dia sebelum ini tidak mampu memakan makanan pedas. Malah, netizen memberikan pelbagai komen termasuklah mengatakan Hwang Chul Soon seperti budak perempuan apabila dia makan sambil tersenyum walaupun berat badannya lebih 100 kilogram sambil makan makanan pedas sehingga berpeluh.



Kongsikan artikel ini