Warganet di Korea terkejut apabila bekas Ulzzang atau model popular Korea, Hong Young Ki telah mengaku bahawa dia pernah berpacaran dengan 10 lelaki dalam satu masa.
Pada 6 Februari lalu, Hong Young-Ki telah berkomunikasi dengan peminat menerusi akaun Instagramnya dengan meninggalkan soalan, “Tanya saya apa-apa.”
Menjawab salah satu persoalan dari peminatnya, Young Ki yang masih lagi popular di laman sosial telah meninggalkan jawapan yang mengejutkan peminat tersebut.
“Saya tidak tahu jika anda percaya atau tidak, tetapi saya marah apabila saya putus cinta dengan teman lelaki saya ketika saya dibangku sekolah dan kemudian bertemu cinta baru dalam masa sebulan. Oleh itu, saya telah berpacaran dengan 10 orang lelaki, ” katanya .
Dalam masa yang sama, Young Ki turut menjelaskan hubungan cintanya dengan 10 lelaki tersebut.
“Saya bertanya kepada mereka, , Adakah anda mahu jadi teman lelaki saya walaupun waktu saya sudah ada empat orang kekasih. Awak serius nak berpacaran dengan saya,” jelasnya.
Wanita berstatus isteri orang ini menambah bahawa dia bertemu dengan terlalu ramai teman lelaki dan tidak dapat mengingati siapa mereka.
“Ada yang saya berpacaran untuk sehari atau dua hari saja. Teman lelaki yang bercinta di sekolah dan bercinta di kolej sangat berbeza,” ujarnya.
Pelbagai reaksi diterima sehingga netizen mempersoal ketidaklogikan dia mempunyai 10 teman lelaki. Namun, ada yang mengkagumi dengan bakat yang dimiliki wanita ini mampu melayan 10 teman lelaki dalam masa yang sama.
Ada juga meninggalkan komen sinis dengan mengatakan cara dia berususan dengan lelaki tersebut seperti bermain dengan permainan.
Apa sekalipun, itu semua kisah dulu Young Ki yang kini sudah bahagia menjadi isteri kepada suaminya yang tiga tahun lebih muda darinya. Malah, dia juga mempunyai dua orang anak lelaki.