Dihujani Mesej Minta Duit, Ikon Homokseksual Korea Jadi Inspirasi Bantu Masyarakat!

Selebriti Korea yang juga dikenali sebagai ikon homoseksual Korea, Hong Seok-cheon berkata di media sosialnya pada 17 Mei 2021..

 “Terima kasih banyak kerana menonton ‘Omniscient Interfering View’. Ramai orang menghubungi saya. Saya mendapat lebih banyak mesej teks kerana rundingan itu, tetapi saya minta maaf saya tidak dapat membalas segera.

“Saya berada dalam keadaan di mana saya mendapat terlalu banyak mesej teks, dan jika anda menghantarnya terlalu lewat malam, saya tidak boleh tidur.  Jika ia tidak mustahak atau kecemasan, sila mesej saya sebelum jam 12 tengah malam. Ada kalanya saya terlepas teks yang benar-benar penting,” katanya.

Tony- Foto Instagram

Dalam pada itu, Hong Seok-cheon turut menzahirkan pohon maaf atas tindakannya yang tidak mampu menjawab kesemua mesej dan pertanyaan.

“Saya minta maaf sekali lagi bahawa saya tidak dapat membalas kepada semua orang.  Tetapi mesej yang berkaitan dengan mesej prank dan wang sukar untuk saya juga.

Ia bukan bantuan besar, tetapi saya mempunyai adik-beradik saya yang dibawah tanggungjawab saya.  

“Saya berpuas hati dengan pujian itu tetapi jika anda memberi saya sedikit sokongan dan melihat perbezaan saya dari perspektif baik,” ujarnya.

Meneruskan penjelasan, Seok Cheon turut memberitahu setiap manusia mempunyai perbezaan hidup.

“Saya masih belum bagus lagi. Jadi, saya harap anda semua boleh sokong saya. Ayuh kita sama-sama gembira. Saya harap anda semua hidup bahagia setiap hari,” tambahnya lagi.

Foto terbaru dari instagram yang menjelaskan segalanya.



Mengetahui pendedahan tersebut, netizen Korea mempunyai pelbagai pendapat sehingga ada juga yang tidak wajar diterima selebriti ini.

“Kenapa mesti nak minta duit pada selebriti sedangkan orang paling rapat atau keluarga sendiri tidak boleh berikan duit. Saya menonton program tersebut, mesti ada orang yang suka main tentang wang dan merasakan mereka hebat,” ujar salah satu komen netizen.

Lebih menarik lagi, ramai menyokong dengan tindakan dan cara ikon homo ini sehingga dia juga adalah ikon kebajikan yang bagus.

“Saya akan sokong anda kerana anda banyak bagi inspirasi kepada masyarakat. Saya selalu belajar dari anda yang sentiasa bantu masyarakat tanpa pilih kasih menerusi saluran TV,” komen netizen.

Bersama salah seorang ahli TVXQ


Sementara itu, Seok Cheon yang muncul dalam program MBC pada 15 Mei lalu telah mendedahkan kehidupan harian sebenar dirinya tanpa berselindung. Dalam program tersebut, dia turut mendedahkan banyak membantu dan menasihat orang disekelilingnya.

Dia turut mendedahkan sewaktu sekolah dia menghadapi kesukaran yang mana sukar untuk membuat pilihan yang tepat.

“Saya hadapi Imsonia. Saya tidak pernah matikan jam lonceng. Saya juga tidak boleh letakan jam dalam nada getar. Saya takut tertinggal. Saya tidak boleh tinggal semua ini,” katanya.



Kongsikan artikel ini