Pada 7 tahun lalu, aktor kacak, Park Seo Joon pernah ditemuramah tentang isu keluarga. Isu bertajuk “Saya Mahukan Isteri Yang Menjaga Keluarga Tanpa Perlu Bekerja” tiba-tiba menjadi bualan hangat warganet di Korea.
Temubual tersebut telah dilalukan oleh Seo Joon dengan majalah GRAZIA sekitar tahun 2014. Pada waktu itu, Seo Joon telah menjawab tentang isteri pilihan yang mana dia tidak mahu isterinya bekerja tetapi menjaga dirinya dan keluarganya sepenuh hati.
Setiap kata Seo Joon secara tiba-tiba mendapat respon luar biasa walaupun ia dibuat pada 7 tahun yang lalu di mana dia masih lagi baru dalam bidang lakonan.
Berikut antara kata-kata netizen terhadap pengakuan tersebut:
“Masalahnya ialah kanak-kanak yang tidak dikasihi menjadi orang dewasa dan mempunyai masalah. Menurut logik itu, berkeluarga ibu bapa tunggal, datuk nenek dan anak yatim semuanya mempunyai masalah. Hanya kerana ibu bapa tidak menjaga mereka dengan baik ketika mereka masih muda tidak semestinya menjadikan mereka penjenayah atau anak-anak yang bermasalah.”
“Ia adalah nilai patriarki dan ketinggalan zaman.”
“Dia bercakap tentang jenis ideal saja, tetapi saya tidak tahu apa masalahnya. Tiada apa yang boleh kita lakukan mengenai pandangan perkahwinan yang kita impikan.”
“Saya tidak tahu mengapa ini adalah kontroversi. Dia hanya bercakap tentang jenis ideal dia.”
Sebelum ini nama Park Seo Joon kembali diperkatakan kerana dia bakal menjadi ahli filem Marvel yang baru. Dia sekarang ini dalam proses penggambaran filem berjudul Conceret Utopia. Selepas tamat filem ini, dia akan berangkat ke Amerika Syarikat untuk filem Captain Marvel.