Pada 13 Februari, SBS TV telah memadamkan dan mozek babak cium dan seksual Freddie Mercury dalam filem yang menampilkan kisah benar ikon ini. Menjelaskan tindakan tersebut, SBS berkata,
“Mereka tiada niat untuk menentang homoseksual. Namun, Ia mungkin menyusahkan keluarga untuk melihatnya,” komen yang menerima kritikan besar dari penonton.
Tentangan hebat diberikan yang mana pengkritik berkata, langkah tersebut telah merosakkan tema utama filem itu, yang memaparkan kehidupan sebenar lagenda Freddie Mercury sebagai minoriti seksual dengan menggalakkan diskriminasi minoriti seksual.
Kontroversi tersebut muncul sebaik saja adegan ciuman sama jantina dari filem “Bohemian Rhapsody,” yang disiarkan di SBS untuk cuti Tahun Baru Lunar di Korea Selatan.
Pelbagai kritikan diterima pihak stesen SBS sehingga ada yang menjalankan kempen anti SBS dilaman sosial. Protes yang menarik perhatian netizen Korea apabila pasangan homoseksual yang mempunyai saluran Youtube menjalankan kempen Kiss Challenge yang diberi nama Bohemian Kiss Challenge.
Berikut adalah penjelasan pasangan ini sebelum menjalankan kempen tersebut.
“Adakah anda menonton SBS? Sila sertai Cabaran Ciuman Bohemian. #Everyone is same”.
“Saya menonton filem ‘Bohemian Rhapsody’ di SBS, tetapi mereka memadamkan babak kejadian di mana lelaki dan lelaki mencium sesama sendiri. Cabaran Bohemian Kiss adalah satu cabaran yang meminta keadilan, sama ada rasional atau homoseksual.
“Kami mencadangkan Cabaran Ciuman Bohemian kepada anda dengan tujuan ‘Mencium dengan orang yang disayangi semuanya sama,’ bukan hanya lelaki dan wanita, tetapi untuk satu sama lain.”
Dalam video itu, terdapat komen yang bersimpati dan bersorak dengan kempen yang dijalankan mereka. Pasangan ini menerima banyak komen terutama sekali komen dalam bahasa Inggeris yang menunjukkan lebih ramai bangsa asing menyokong mereka atau sebaliknya.
Antara ulasan yang mendapat perhatian dari netizen Korea,
“SBS, isu ini sangat memberikan impak pada diri anda sendiri,” Adakah ini cara terbaik anda mengatasi isu keganasan dan seksual dengan memadamkan realiti kehidupan Freddie Mercury,”
Sementara itu, penyanyi terkenal Hollywood, Adam Lambert juga semakin marah selepas mengetahui mengenai isu ini dibangkitkan di Korea. Penyanyi ini juga banyak memberi persoalan berhubung isu tersebut.
Wajarkah perkara ini dijadikan isu? Anda berada di pihak yang mana? Walaupun Korea dianggap semakin berani menampilkan drama berunsurkan cinta sesama jantina, mereka masih lagi tegas dalam menangani isu ini.