Pelbagai isu dan perkongsian telah dilaksana pihak KOREA BUZZ sebagai teraju utama menyebarkan informasi dan maklumat terkini berkaitan KOREA. Menyiarkan fakta dalam bahasa Melayu, English dan Korea, KOREA BUZZ ternyata menjadi pilihan pembaca bukan saja dari Malaysia malah Asia Tenggara termasuk Singapura, Indonesia, Thailand dan Brunei.
Lebih menarik lagi, isi kandung KOREA BUZZ turut mendapat pembacaan terbanyak dari Korea, Amerika Syarikat dan Australia. Bersesuai dengan tagline Leading Magazine In Malay & English untuk pasaran Asia Tenggara, KOREA BUZZ dengan pasukan dari Malaysia, Thailand dan Korea akan terus menghidangkan lebih banyak perkara menarik atas permintaan pembaca setia.
Bagi menutup tirai 2020, KOREA BUZZ tampilkan 12 isu yang mendapat perhatian ramai pembaca sehingga menjadi tular. Anda pasti terkejut kerana isu-isu tersebut sememangnya mendapat lebih puluhan ribu pembaca. Agak-agak isu mana paling mendapat perhatian anda?