Balai Polis Dongjak Seoul mengumumkan pada 16 Jun 2021 bahawa seorang lelaki yang ditangkap kerana menceroboh masuk pintu rumah wanita tanpa kebenaran telah diserahkan pada pihak pendakwaan.
Lelaki tersebut disyaki mengetuk pintu depan dan tingkap rumah mangsa pada 9 April 2021 jam 12 tengah malam. Penjenayah tersebut didapati tinggal bersebelahan rumah mangsa dan mempunyai rekod jenayah termasuk kes merogol.
Beliau diberkas oleh pihak pendakwaan atas tuduhan pencerobohan rumah dan perbicaraan pertama dijangka minggu depan.