Disangka Seks Dengan Isteri Rupanya Jiran Wanita Mabuk Masuk Bilik Tatkala Lena Di Katil!

Seorang wanita telah didakwa menyerang jiran lelaki yang sudah berkahwin sewaktu dia mabuk di United Kingdom. Wanita tersebut yang berusia 38 tahun menetap di Buckinghamshire menerima hukuman penjara tiga tahun dan enam bulan. Dia didapati telah melakukan serangan seksual terhadap jirannya itu dengan menceroboh kediaman lelaki pada waktu lelaki itu sedang tidur.

Menurut laporan, kejadian tersebut berlaku apabila wanita itu pulang ke rumah selepas makan malam. Dalam keadaan mabuk, dia telah masuk rumah jirannya itu. Selepas itu, dia telah menyerang lelaki tersebut yang sedang lena tidur di atas katil.

Sewaktu wanita itu masuk ke dalam bilik berkenaan, keadaan bilik tersebut gelap. Maka, lelaki itu menyangkakan wanita tersebut adalah isterinya. Mereka telah melakukan hubungan seks sehinggalah wanita tersebut terjatuh dari katil.

Foto hiasan: X Frame


Selepas wanita itu jatuh, barulah lelaki berkenaan sedar wanita yang melakukan seks bersamanya itu bukanlah isterinya. Lelaki tersebut amat terkejut dan isterinya sendiri telah menjadi saksi apabila kedua-dua tersedar.

Mereka terus memanggil polis. Namun, wanita tersebut mengamuk dan mengancam isteri lelaki tersebut dengan kata kesat. Wanita itu turut mengancam dengan mengatakan akan menghancurkan semua gigi isteri lelaki yang menjadi mangsa.

Selepas polis tiba, wanita tersebut telah menendang bahagian dada pegawai Polis sehingga menyebabkan kecederaan. Peguam kepada wanita ini telah membuat rayuan dengan mengatakan wanita ini melakukan seks bukan kerana tertarik dengan jirannya itu sebaliknya dia di bawah pengaruh alkohol.

Bagaimanapun, pihak mahkamah mengesahkan kesalahan seksual terhadap mangsa sangat serius dengan menjatuhkan hukuman penjara kepada pesalah hingga tiga tahun dan enam bulan.

Kongsikan artikel ini