Temui Diri Baru Selepas Tamat Askar, Jo Kwon Gila Kasut Tumit Tinggi Hingga Manager Confuse Jantinanya

Dalam program terbitan MBC yang disiarkan pada 27 Februari, penyanyi yang pernah menjalani latihan KPOP paling lama di Korea, Jo Kwon telah menjelaskan ketaksuban beliau memakai kasut tinggi. Kenyataan tersebut telah disokong dan diulas bersama pengurus peribadinya, Cho Sung Bum.


“Saya sebenarnya tidak tahu sama ada saya ni menjaga aktor atau aktres. Jo Kwon berjalan dengan anjing memakai kasut tumit. Malah, dia pun berlari memakai kasut tersebut. Dia pun mula jaga kecantikan kulit apabila pulang ke rumah.

“Sambil basuh muka, dia siap menyanyi dan menari. Rutin penjagaan kulit bermula dengan basuh muka dan ia memakan masa lebih kurang sejam,” kata pengurusnya itu.


Dalam pada itu, pengurusnya turut bertanya mengapa dia terlalu obses dengan kasut tumit tinggi. Jawapannya memang mengejutkan.

“Bila saya pakai kasut tumit tinggi, keyakinan saya bertambah. Saya seperti hero. Bagi saya, kasut tumit tinggi ada kostum Superman,” ujar Jo Kwon.

Pernah menganggotai kumpulan 2AM, Jo Kwon jadi histeria apabila mengunjungi kedai kasut kegemaran.


“Saya akan pakai kasut yang saya suka tidak kiralah untuk peragaan atau pun menari. Saya mengimpikan untuk mempunyai jenama kasut tumit tinggi sendiri. Saya tidak rasa sakit pun sewaktu memakai kasut tumit tinggi di atas pentas,” katanya lagi.

Di samping itu, Jo Kwon tahu bahawa namanya sering menjadi bualan netizen selepas dia muncul dalam sebuah rancangan yang mendedahkan kesukaan memakai kasut tinggi.


“Saya tahu orang berkata tentang saya. Malah, ada juga tanya adakah saya ni pelik. Bagi saya, selepas tamat perkhidmatan askar, saya ni bukannya pelik atau unik tapi saya ni adalah istimewa,” akhir Jo Kwon.

Kongsikan artikel ini