Bintang Hollywood, Johnny Depp Bijak Berbicara Dalam Bahasa Korea!

Aktor kacak dari Hollywood bernama Johnny Deep disangka sebagai Poongyang Cho menerusi filem Tourist. Ini kerana, figura kacak ini dikhabarkan bijak berbicara dalam bahasa Korea.

Untuk mempromosikan filem lakonannya berjudul Tourist, Johnny difahamkan telah ditemuramah. Sewaktu sesi temuramah tersebut, dia telah mengejutkan rakan media apabiila menyebut hello dalam bahasa Korea dengan begitu fasih sekali.

Bintang terkenal ini dikhabarkan telah belajar bahasa Korea dengan seorang wartawan secara tidak langsung. Oleh kerana itu, satu guraan mengatakan bahawaJohny bukanlah Pungyang Cho.

Filem Tourist


Apabila pelakon ini bertemu sekali lagi menerusi filem Ron Rager pada tahun 2013, Johnny sekali lagi menyapa dengan bahasa Korea. Kali ini, sebutannya bertambah baik sehingga mendapat pujian bahawa bahasa Koreanya sangat bagus. Oleh kerana itu, dia menceritakan Poongyang Cho yang dibawa dari Korea.

Difahamkan, semakin ramai bintang Hollywood meminati karya dari Korea. Jadi tidak hairanlah satu hari nanti, pelakon Hollywood pula akan membintangi filem penuh hasil tangan orang Korea. Yelah, sekarang ini makin ramai aktor Korea yang berlakon dalam filem Hollywood. Pertukaran pasti akan berlaku.

Untuk muzik pula, sudah makin ramai penyanyi barat berkolaborasi dengan bintang KPOP. Antara Kolaborasi yang berjaya adalah BTS dan Blackpink. Dengarnya ramai lagi yang bakal menyusul.

Kongsikan artikel ini