Jom Sertai Ujibakat Manhunt Malaysia + Model HAE Sekaligus Jadi Talent Sebumbung Bersama Pelakon Korea!

HAE Talent Agency yang selalu support bakat dari Korea buat nama kat Malaysia dan Asia kini makin hebat dengan sign kontrak bersama dua pelakon Korea. HAE juga bekerjasama dengan Manhunt International Malaysia untuk cari wakil Malaysia di Selangor.

Bestnya, HAE yang ada 70% Talent dari Korea dan 30% dari negara lain, termasuk Malaysia, nak buka peluang kepada semua orang untuk join mereka dan jadi sebahagian dari pelakon, model bersama selebriti Korea. Bakat yang terpilih bukan je boleh kembangkan kerjaya kat Malaysia, tapi juga kat Korea Selatan dan seluruh Asia Tenggara.

Kategori bakat yang dicari termasuk Aktor, Catwalk Model, Fitness Model dan Model Influencers. QM Model House pun join sekali untuk cari bakat di bawah bimbingan mereka. Peluang ni terbuka untuk orang Malaysia dan juga bangsa asing. Tapi ada syarat, untuk Aktor kena pandai cakap Inggeris, Melayu, dan bahasa lain. Ketinggian minimum 170cm (lelaki) dan 160cm (wanita). Umur mesti 17 tahun ke atas.

Untuk Catwalk Model, ketinggian minimum 180cm (lelaki) dan 170cm (wanita). Umur mesti 18 tahun ke atas. Fitness Model kena ada badan menarik dan berumur 18 tahun ke atas. Tinggi minimum 160cm (lelaki) dan 155cm (wanita). Influencers pula kena ada sekurang-kurangnya 5000 followers dan aktif kat media sosial.

Untuk Manhunt International Malaysia Selangor, syarat umur antara 18 hingga 35 tahun saja. Ketinggian mesti 170cm ke atas. Isi borang kat bawah untuk dapat tempat barisan hadapan ujibakat.

Ujibakat akan diadili oleh Founder HAE, Hyunmin-A, Founder QM Model House, Qif Alvarez, dan penulis serta novelis terkenal, Marini Mat Zain. Ujibakat berlangsung di  MYS STUDIO Puchong. Bestnya, kalau join ujibakat ni, MYS STUDIO akan bagi harga terbaik untuk sesi fotografi comcard. Ujibakat dari jam 11 pagi hingga 4 petang. Nombor giliran akan diberikan selepas daftar secara atas talian.

Nak tahu lebih lanjut pasal pelakon, model, dan bakat dari Korea di bawah HAE, lawat www.hyunmina.com. Apa tunggu lagi, rebutlah peluang ni dan mana tahu anda bakal jadi bintang dunia!

Ingat, dibahagian kategori model, sila nyatakan anda berminat untuk Manhunt International, Catwalk Model, Pelakon, Model Influencers atau pun Fitness Model. Selamat Mencuba!

 

 

 

Dazzle Tryout
Address
Address
City
State/Province
Zip/Postal
Country

Maximum file size: 134.22MB

Kongsikan artikel ini