Terbaru, aktor kacak yang nama mula meniti bibir peminat antarabangsa menerusi drama Princess Hour, Ju Ji Hoon telah dipilih sebagai model baru untuk produk minuman susu pisang popular di Korea iaitu Bingre.
Jenama terkenal Binggrae ini telah mengumumkan pemilihan Ju Ji Hoon sebagai model pada 7 April lalu bersesuaian dengan imej jenama dan aktor ini yang laris di pasaran.
Malah, pihak pengiklanan produk tersebut turut memberitahu akan aktif dengan aktiviti pemasaran bersama aktor Ju Ji Hoo. Oleh itu, video pertama yang menampilkan aktor ini telah menggunakan mesej Washaway yang mahu pelanggan minum susu pisang selepas mandi bersesuaian dengan situasi pandemik yang melanda sekarang ini.
Malah, mereka berharap pemilihan aktor ini memberikan impak yang lebih besar dan bertenaga. Apa yang pasti, selepas video ini dilancarkan, majoriti netizen Korea terkejut mengenakan pemilihan aktor ini sebagai model iklan susu pisang.
Namun, ia turut dipuji menampakkan kelainan dengan pertanyaan adakah pemasaran jenama ini bertukar konsep dan sasaran pengguna. Lebih teruja, peminat mengatakan ia lebih seksi dan teruja serta konsep baru ini nama pelik tetapi menyegarkan.