Bukan #Scammer, Juri MY AWSM Giat Edar Kad Pintas Kepada Calon Layak Wakili Malaysia!

Jangan terkejut seandainya ada beberapa figura datang berjumpa anda  dengan bertanyakan tinggi dan umur anda. Ini kerana, mereka adalah beberapa juri Altitude World Supermodel Malaysia 2021 (My AWSM) yang sedang giat mencari calon layak untuk mencari calon wakil Malaysia ke peringkat global nanti.

Antara juri yang memegang kad ini adalah Marini Mat Zain, Dato’ Sri Anas Abdullah dan Emel Ismail. Dua juri seperti Marini dan Anas akan menegur atau mencari individu di sekitar Lembah Klang. Manakala, Emel Ismail lebih fokus kepada calon-calon di selatan semenanjung iaitu Johor.

Bagi lelaki-lelaki yang berada di luar kawasan tersebut, juri-juri ini akan stalk atau memantau sosial media anda. Seandainya anda layak, anda akan menerima pesanan atau kad pintas itu dalam kotak mesej peribadi anda. Anda tidak perlu risau kerana mereka ini bukanlah scammer sebaliknya orang yang bertanggungjawab untuk mendidik dan membimbing calon Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Selain juri, National Director Malaysia dan Korea, Hyunmin-A turut sama mencari calon-calon yang layak dari Malaysia. Walaupun National Director gembira dan berbangga dengan keputusan AWSM Korea yang meletakan pelajar Universiti iaitu Paul An sebagai pemenang, figura ini berharap peserta dari Malaysia dapat sama hebat seperti dari Korea memandangkan dia adalah anak jati dari Malaysia.

Dalam pada itu, kepada anda yang tidak menerima kad pintas ini, anda masih boleh mendaftar sebagai calon dengan mengisi borang rasmi di sini. Hanya pastikan anda lelaki dan berketinggian 180sm ke atas.Pun begitu, kepada yang ketinggian kurang dari 180sm, anda dinasihatkan untuk cuba menghantar kerana TOP10 dari Korea ada seorang calon yang kurang dari 180sm. Selamat mencuba!

Kongsikan artikel ini