Peminat Tarik Nafas Lega Kang Daniel & Jihyo TWICE Sah Berpisah Jua!

Pada Ogos 2019, ramai peminat setia Kang Daniel mencebik apabila jejaka kacak dan seksi ini mengumumkan bahawa menjalinkan hubungan cinta dengan ahli TWICE bernama Jihyo.

Kesedihan itu bukanlah tanda mereka tidak merestui sebaliknya peminat yang dikenali begitu ambil berat dengan idola mereka ini khuatir kerana mereka bercinta saat kerjaya dipuncak. Malah mereka berdua masih muda dan mentah dalam industri hiburan Korea.

Kerisauan tersebut semakin membara apabila Kang Daniel pula mengumumkan rehat sementara waktu sebelum ini kerana menghadapi tekanan emosi atau depression.

Bagaimanapun, hari ini 10 November, peminat menarik nafas lega apabila mendapat tahu hubungan Kang Daniel dan Jihyo sudah pun berakhir. Kelegaan tersebut bukan menandakan mereka mendoakan perpisahan buat pasangan ini, sebaliknya mereka tahu kedua-dua mereka yang berusia 23 tahun menghadapi pelbagai lagi tekanan sebagai bintang popular.

Kang Daniel menjadi kegilaan ramai wanita



Berita perpisahan ini sudah pun diumumkan secara rasmi oleh pengurusan Jihyo iaitu JYP Entertainment. Menurut sumber, penyebab utama keretakan hubungan ini apabila kesibukan jadual mereka yang langsung tidak memberikan mereka peluang untuk bertemu.

Malah, kedua-dua mereka mempunyai kata sepakat untuk berpisah dan mahu lebih fokus kepada kerjaya dan persediaan album baru.

Jihyo turut menjadi kegilaan ramai lelaki.

“Memang benar mereka baru saja berpisah baru-baru ini,”kata wakil JYP. Pun begitu, pihak pengurusan Kang Daniel masih belum mengesahkan perpisahan tersebut. Namun, pengumuman rasmi akan dibuat pihak berkaitan Kang Daniel selepas mendapat maklum balas dari empunya badan.

Kemungkinan perpisahan ini membuatkan saham Kang Daniel naik semula kerana jumlah iklan yang diterajui Kang Daniel meleset selepas umum cinta. Kang Daniel juga dikatakan kembali saingi V BTS dan Cha Eun Woo ASTRO untuk memonopoli iklan di Korea.

Kongsikan artikel ini