Kawan Rogol Teman Wanita Yang Tidur Di sisinya Sewaktu Masing-Masing Mabuk!

Lelaki berusia 30an telah merogol seorang wanita yang sedang tidur bersama kekasihnya sewaktu mabuk.

Pada kes perbicaraan yang pertama, Jabatan Penghakiman Pulau Jeju menerusi hakim Jang Chan Soo pada 10 Jun 2021 memberitahu pesalah telah didakwa atas tuduhan merogol mangsa.

Menurut pendakwaan tersebut, pesalah telah tertidur selepas mabuk minum dengan teman lelaki mangsa di rumah wanita tersebut pada 17 Januari 2021.

Selepas tertidur, pesalah telah pergi ke mangsa yang tidur disebelah kekasihnya itu. Kemudian, pelaku telah melakukan sentuhan seksual secara paksa terhadap wanita tersebut.

Foto hiasan- Helios


Sewaktu dirogol, wanita tersebut mabuk dan tidak boleh menolak atau melakukan sebarang tindakan.

Pesalah telah ditangkap polis sebaik saja wanita tersebut menghubungi pihak polis dan sebaik saja teman lelakinya sedar dari mabuk serta tidur. Lelaki itu mengaku bersalah dengan perbuatan itu dan mengakui hanya ingat bahawa dia terlalu mabuk pada hari berkenaan. Dia langsung tidak ingat apa yang berlaku pada hari tersebut.

Peguam mewakili pesalah melakukan rayuan dengan menawarkan wang pampasan kepada mangsa dan memohon maaf kepada wanita itu. Bagaimanapun, pihak mereka tidak dapat menghubungi pihak mangsa.

Atas izin pihak mahkamah, kes ditangguhkan dan perbicaraan untuk kes ini akan disambung pada 8 Julai pada jam 3.30 petang.

Kongsikan artikel ini