Kematian Mengejut Ketua Kumpulan KPOP- 100%, Min Woo Akibat Serangan Jantung

Bintang K-Pop yang merupakan ahli dan ketua kumpulan 100%, Seo Min Woo, 33, telah ditemui mati dikediamannya malam tadi di Gangnam, Seoul, Korea Selatan. Vokalis utama 100% dibawah label TOP Media tidak dapat diselamatkan walaupun pihak pengurusan telah cuba membawanya ke hospital dalam keadaan tergesa-gesa.

 

Mengesahkan berita kematian ini, TOP Media dan pihak keluarga Minwoo sedang bersiap sedia mengadakan majlis pengkebumiaan dan memperingati secara tertutup.

 

 

Berikut adalah pengumuman rasmi dari TOP Media tentang kematian Minwoo.

 

“Kami memohon maaf dengan berita mengejut dan menyedihkan ini. Ahli kumpulan 100%, Seo Minwoo telah pun pergi buat selamanya pada 25 Mac 2018. Walaupun pihak penyelamat telah cuba menyelamatkannya, namun dia telah ditemui mati.

 

Kesemua ahli 100%, Artis TOP Media, pekerja dan ahli keluarga sedang berkabung dengan kematian Min Woo yang dikenali sebagai seorang yang penyayang, ketua yang berdikari dan seorang bintang yang sangat mencintai peminatnya.

 

Kami begitu sediah dengan kehilangannya kerana Min Woo seorang yang sangat jujur dan mengambil berat. Majlis pengkebumiaan Min Woo akan diadakan secara tertutup atas kehendak keluarga.

 

Kami doakan moga Minwoo aman disana. “

 

Minwoo telah dilahirkan di Daegu, Korea Selatan pada 8 Februari 1985. Dia mulai menjadi bintang K-POP pada 2012 dengan mempunyai album berjudul We, 100% dan Bang The Bush. Minwoo pernah menjadi pelakon dalam filem Crazy Waiting.

Kongsikan artikel ini