Bakal Isteri Menangis Pasal Poligami, Kembar Korea Seksi Komen Tentang Wanita Berhijab !

Jika anda menonton program physical 100 di neftlix, pasti anda bingung melihat dua orang yang mempunyai sama wajah. Mereka tidak lain tidak bukan adalah pasangan kembar yang juga bergelar model di Korea iaitu Kim Sung Hoon dan Sung Jun. Terpilih menjadi penghias muka depan Korea Buzz edisi Februari, mereka ternyata teruja apabila menjadi pasangan kembar kedua Korea Buzz selepas In & Choo.

“Nama kami diberikan oleh atuk kami. Erti nama kami iaitu mereka yang memberikan sokongan yang padu. Menjadi penghias muka depan sebagai kembar, kami rasa terharu dan bangga. Kami akan melakukan yang terbaik dan menggunakan peluang yang terbaik. Kami berharap, jika anda memikirkan tentang pasangan kembar, nama kami yang terlintas di fikiran anda,” kata Sung Hoon mewakili abangnya.

 

Menyentuh mengenai cinta, pasangan seiras ini mencerita tentang kisah cinta mereka. Benarkah mereka pernah jatuh cinta dengan wanita yang sama?

“Sejujurnya kami belum pernah lagi jatuh cinta dengan wanita yang sama. Saya rasa, abang saya iaitu Sung Jun lebih romantik berbanding saya,,” katanya.

Dalam pada itu, mereka turut mempunyai pandangan sendiri tentang wanita antarabangsa termasuklah wanita muslimah.

 

“Adakah wanita antarabangsa lebih cantik dari wanita Korea? Sebenarnya kecantikan itu penting tetapi personaliti lebih bermakna buat kami. Tentang lelaki Islam yang boleh berkahwin empat, apa yang boleh saya katakan adalah….

“Isteri saya pasti sedih…tentang kahwin, sudah pasti abang saya akan kahwin dulu untuk mengikut resam keluarga. Kami tak tahu nak kata lebih dengan wanita berhijab. Kami masih belum berkesempatan berdepan dan bersemuka dengan wanita berhijab,” jelasnya.

Jangan lupa dapatkan isu panas dari mereka tentang program physical 100 di keluaran yang selanjutnya.

 

Kongsikan artikel ini