Duta Republik Korea Selatan, H. E. Lee Chi Beom telah membuat kunjungan rasmi ke Kementerian Alam Sekitar di KASA Putrajaya pada 4 Mei 2021.
Kunjungan hormat tersebut telah disambut baik oleh Menteri Alam Sekitar dan Air iaitu YB Dato’ Seri Tuan Ibrahim.
Pertemuan kali ini bertujuan untuk meneruskan perbincangan mengenai krisis dan polisi pengurusan alam sekitar yang berubah secara mendadak.
Malah, ia juga bagi mengukuhkan lagi hubungan kerjasama antara kedua-dua buah negara yang sudah lama terjalin. Tahun ini merupakan ulang tahun ke 61 hubungan dua hala antara Republik Korea dan Malaysia.
Semoga jalinan ini terus dapat meletakan kedua-dua negara ke tahap keselamatan tertinggi sekali gus membuatkan rakyat hidup dalam penuh kesejahteraan.