Nafi Merogol & Tak Mampu Berdiam Lagi, LV Tamatkan Kontrak Dengan Kris Wu !

Bekas ahli kumpulan EXO berasal dari China, Wu Yifan atau Kris Wu telah dihentikan serta merta kontraknya dari terlibat dengan mana-mana pengiklanan di China kerana terlibat dengan kes rogol.

Jenama terunggul Louis Vuitton (LV) telah mengumumkan pembatalan kontrak dengan Kris menerusi laman sosial China Weibo pada 19 Julai 2021 dengan tertulis kami pandang serius terhadap tuduhan tersebut dengan serius.

“Untuk sementara waktu, kami akan membatalkan semua kontrak dengan Kris sehinggalah keputusan siasatan diketahui dengan jelas,” kata wakil LV.

FOTO KRIS DARI LV


Selain duta LV, Kris juga adalah duta jenama Bulgaria dan Porsche. Kedua-dua jenama ini turut menamatkan hubungan kerjasama dengan figura ini.

Tindakan ini diambil selepas Kris terpalit dengan kontroversi seks dan rogol. Menurut media, mangsa tersebut telah dirogol secara minor.


Dalam pada itu, Kris telah menafikan tuduhan berkenaan. Dia tidak menjelaskan lanjut tentang penafian tersebut . Ini kerana pada mulanya dia tidak mahu terlibatkan diri dari kontroversi tersebut.

“Kebisuan saya membuatkan gosip ini tersebar luas dan membuatkan saya hilang tahap kesabaran,” katanya.

Kris pernah popular di Korea kerana menjadi ahli EXO dalam pengurusan SM Entertainment. Dia meninggalkan kumpulan tersebut pada 2014 dengan dikenakan saman melanggar kontrak eksklusif.

Kongsikan artikel ini