Berdasarkan rekod yang Korea Buzz miliki, mualaf Korea terkenal Daud Kim merupakan orang Korea yang pertama merakam dan mendendangkan lagu raya dalam Bahasa Melayu. Lagu bertajuk Insa Raya itu telah dirakamkan Daud Kim bersama temannya Hyunmin-A dan beberapa artis tempatan iaitu Keyin Tay, Natasha Yazir dan Reyhan OAB pada 2019 iaitu tahun pertama Daud bergelar mualaf.
Ternyata insiatif yang dilakukan Daud dalam mendendangkan lagu raya berkenaan mendapat pujian ramai dan ramai orang Malaysia teruja dan suka dengan lagu berkenaan.
Terbaru, seorang lagi orang Korea bakal melancarkan sebuah lagu raya. Difahamkan, oppa tersebut masih belum lagi memeluk Islam tetapi sudah berjinak-jinak mendekati Islam. Lebih menarik lagi, oppa tersebut lancar berbahasa Melayu walaupun masih baru menetap di Malaysia.
Menariknya, lagu berkenaan bukan saja dirakamkan oleh oppa berkenaan seorang. Menurut sumber, oppa Korea itu akan merakamkan lagu raya dalam bahasa Melayu bersama 6 lagi temannya yang terdiri dari pelbagai bangsa.
Gabungan tersebut direalisasikan menerusi gabungan yang diberi nama D’Handsome. Tambah istimewa, gabungan tersebut turut disertai 3 jejaka bangsa Cina yang digelar Lengchai. Mendengar informasi ini membuat Korea Buzz bertambah teruja dan tidak sabar untuk mendengar hasil lagu berkenaan.
Lagu dan muzik video lagu berkenaan dijadualkan akan disiarkan pada seminggu sebelum menjalang Syawal. Lagu ini dicipta sepenuh oleh seorang penyanyi KPOP tetapi bukan berdarah Korea. Apa yang pasti, semoga gabungan ini mendapat sokongan dari masyarakat. Pun begitu, kenapa mereka digelar D’Handsome?