Lelaki Jual Anak 2 Tahun Dengan Harga RM100K Ditahan Ketika Melancong Dengan Isteri Baru!

Seorang lelaki bangsa China yang menjual anaknya yang berusia dua tahun dan melancong bersama teman wanita yang baru telah ditahan. Anak lelakinya itu telah dijual kepada pasangan tetapi berjaya ditemui semula oleh ibu kandungnya atas bantuan polis.

Menurut laporan media Dail Mail dan beberapa media antarabangsa pada 6 Mei 2021, lelaki tersebut yang menjual anaknya itu telah ditangkap sewaktu melancong ke luar negara bersama dengan dunia hasil jualan.


Lelaki yang dikenali dengan nama XI berasal dari Zhejiang, China telah bercerai dengan isterinya dan telah mendapat hak penjagaan anak lelaki dan anak perempuannya.

Difahamkan, lelaki berkenaan telah mendapat pertolongan dari adik lelakinya untuk menjaga anaknya itu sewaktu dia bekerja di kawasan yang lain. Bagaimanapun, selepas pulang dari kerja, secara tiba-tiba lelaki itu berkata ibu kepada anaknya mahu berjumpa dengan anak-anaknya. Atas alasan itu, dia telah mengambil anak lelaki yang dijaga adiknya itu.

Adik lelakinya itu yang sangat akrab dan mesra dengan anak saudaranya itu telah membuat laporan polis dengan tindakan abangnya yang mencurigakan pada 22 April 2021. Menurutnya, kelakuan abangnya itu sangat mencurigakan kerana anak saudaranya didapati tidak sampai ke rumah ibu kandungnya itu. Apabila ditanya, lelaki tersebut hanya berkata anaknya dalam keadaan selamat.

Berdasarkan siasatan polis, lelaki tersebut telah menjual anaknya dengan harga RM 100 452 kepada pasangan suami isteri tiada anak yang tinggal di Jiangsu.

Foto Hiasan X-Frame


Dalam pada itu, isteri baru kepada lelaki tersebut telah menunjukkan kekayaan dari hasil penjualan anakn itu dengan menunjukkan jumlah helaian wang kepada rakan-rakannya. Dalam tempoh penyiasatan, polis telah menyerahkan budak lelaki tersebut kepada bapa saudaranya yang melakukan laporan polis dan menyiasat ayah dan isteri barunya yang telah menjual budak berkenaan.

Lebih teruk lagi, pihak media China turut membuat laporan bahawa sebelum ini lelaki berkenaan telah menjual dua anak perempuannya untuk dijadikan anak angkat sebelum berkahwin baru dan menghadapi krisis kewangan.

Kongsikan artikel ini