Lelaki Korea 40 Tahun Gadai Tubuh Kekar Untuk Jual Tembikai Tepi Jalan Di Vietnam Bikin Kecoh Netizen

Seorang lelaki kelihatan seperti pelakon Korea menjadi tular di Vietnam selepas dia menjual buah tembikai tepi jalan dengan keadaan separuh bogel. Lelaki yang dimaksudkan itu ialah Lee Won yang berusia 40 tahun dan bekerja sebagai jurulatih kesihatan di Vietnam.

Penularan ini bermula selepas Lee Won berkongsikan foto tersebut dilaman facebook miliknya.

Sebagai salah seorang yang berpengalaman dan dikenali dalam bidang bina badan, jurulatih kesihatan ini menjelaskan sebab dia menjual tembikai dan terkejut apabila foto tersebut menjadi tular.

Lebih mengejutkan, foto tersebut menjadi tular dalam tempoh lima jam selepas dia menyiarkan gambar-gambar berkenaan.


Menurut Lee Won, foto itu dirakam sewaktu dia memberikan tembikai kepada orang ramai sempena perayaan tahun baru Vietnam untuk memberikan tuah dan kegembiraan pada orang ramai.

Bukan sekadar potongan dan badanya yang seksi menarik perhatian, sebaliknya foto ini menjadi cicipan masyarakat Vietnam kerana dia mengenakan kostum pahlawan Vietnam.

Malah kisah disebalik projek foto tersebut turut mendapat perhatian dan tidak disangka ia dilaksanakan warga Korea bukan orang tempatan.


Difahamkan, Lee Won sudah dua tahun menetap di Vietnam bersama isterinya dan dia bekerja sepenuh masa sebagai jurulatih kesihatan di gym Fitplus.

Kongsikan artikel ini